Pages

Monday, February 14, 2011

Keputusan Pemenang KU&I2010

Setelah selesai semua peserta mengadakan Karnival dilokasi masing-masing, kini tiba masa yang dinantikan iaitu pengumuman pemenang penganjuran Karnival Usahawan & ICT 2010. Bertempat Pullman Putrajaya Lakeside Hotel, pada 8/2/2010 segalanya telah terjawab dengan pengumuman Pusat Internet Desa zon Utara telah dinobatkan sebagai Juara penganjuran karnival ini. Alhamdulillah berkat kerja keras dan kesungguhan kesemua Pengurus dan Penolong Pengurus PID Zon Utara telah berjaya mengadakan karnival ini dengan penuh meriah.

 Walaupun pelbagai rintangan dan halangan yang menimpa, ianya dapat juga dilaksanakan dan seterusnya berjaya memenangi tempat pertama dari 6 pasukan. Ini kerana pada perancangan asal, karnival ini sepatutnya diadakan lebih awal dari tarikh perlaksanaan. Ini berikutan dari bencana banjir terbesar yang berlaku di negeri Kedah dalam bulan November yang lepas. Perancangan asal adalah pada 12-14 Nov 2010 dan bertempat di Padang Mini Stadium Kuala Nerang, namun kekangan masalah banjir menyebabkan ia telah ditunda ke 30-31 Disember 2010. Satu lagi masalah yang timbul apabila tiba masa untuk dilaksanakan adalah lokasi asal iaitu Stadium Mini tidak dapat digunakan dan alternatif baru perlu dicari iaitu memindahkan karnival ke lokasi lain. Walaupun hakikatnya masa hanya tinggal 20 hari untuk dilaksanakan, perubahan lokasi menyebabkan semua perancangan asal perlu dirombak dan perlu dibuat baru. Ini bermakna semua aktiviti yang dirancang perlu ditukar dengan plan yang baru dan perlu bermula dari mula kembali.

Pada hakikatnya sesetengah PID merasakan tidak lagi mampu meneruskan perlaksanaan karnival dan meminta menarik diri melaksanakan karnival ini, namum dengan semangat dan kecekalan beberapa PID lain karnival ini diteruskan juga. Setelah persetujuan untuk meneruskan perlaksanaan karnival, beberapa lokasi telah disenarai pendek iaitu Dewan Dato' Madi Yan, Perkarangan Parkir Kompleks Changlun C-Mart, Dataran Kangar Perlis, dan Dataran Parkir Kuala Perlis . Setelah dipersetujui maka Dewan Dato' Madi Yan telah dipilih sebagai lokasi perlaksanaan Karnival. Maka bermulalah kerja keras memohon tapak/permit, lesen hiburan, persiapan barangan/hadiah, penajaan, jemputan dan lain-lain hal yang dilakukan dalam tempoh 20 hari sebelum karnival diadakan.

Akhirnya karnival PID Zon Utara berjaya diadakan dengan jayanya pada 30-31 Disember 2010 dengan jumlah peserta pameran yang terlibat adalah 48 peserta dengan jumlah pengunjung direkod adalah seramai 1998 orang walaupun ramai lagi yang tidak dapat direkodkan. Terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang telah turut sama menjayakan karnival ini. Antaranya Pegawai Daerah Yan, Pejabat Daerah Yan, Majlis Daerah Yan, Pejabat Penerangan Daerah Yan, Jabatan Penyiaran Negeri Kedah (KedahFM), Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (KPKK), Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM), MSC Malaysia, Rukun Tetangga Pekan Yan Besar, Masjid Pekan Yan Besar, Pos Malaysia Berhad, Pusat Jalur Lebar (PJK), JKR Yan, Balai Polis Yan, Balai Bomba Yan, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia Berhad, Celcom, Maxis, Pernec PayPoint, Proton Edar (Lee Motors Alor Setar), iStudy, Pejabat ADUN Guar Cempedak, SK. Langkasuka, SMK. Dato’ Ahmad Kuala Nerang, KEMAS Kampung Lalang Baling serta semua para usahawan dan komuniti Yan yang terlibat dalam menjayakan Karnival ini.

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah
 



 



 

 

Senarai penuh Pemenang




































Tahniah kepada pemenang Karnival Usahawan dan ICT 2010. Bagi tahun ini pihak penganjur telah memberikan 3 anugerah khas sebagai membalas dan menghargai pengorbanan pasukan yang bertanding, jadi 3 anugerah itu ialah:-
1) Anugerah Seni Rekacipta Paling Kreatif
Pasukan GPMS Negeri Sembilan & Kelab Rakan Muda Kuala Pilah, Negeri Sembilan

2) Anugerah Jalinan Kerjasama Berpasukan Pelbagai Negeri
Pasukan Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg. Ubai, Pahang

3) Penglibatan Deligasi Antarabangsa
Pasukan ITU-UUM, Pusat Komuniti ICT Lembah Keriang & PJK Felda Bukit Tangga, Kedah

0 comments:

 
 

Hubungi kami :

Sekretariat
Karnival Usahawan & ICT, PID Zon Utara
Pusat Internet Desa Yan
JKR 2221 Pos Malaysia Bhd Yan
Jalan Pegawai
06900 Yan, Kedah
Tel / Fax : 044659310
Emel : yan@pid.net.my
Website : http://pid.net.my