Pages

Saturday, October 23, 2010

Perjalanan Bengkel 3

Hari Pertama
Tarikh    : 18 Oktober 2010
Tempat  : Makmal Komputer SMK Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang Kedah
Peserta  : 41 orang dikalangan pelajar dan Guru

Bengkel Multimedia Kreatif PID Zon Utara untuk hari pertama sesi ketigatela h berjaya diadakan dengan penyertaan peserta yang amat menggalakkan dimana jumlah peserta yang hadir adalah seramai 41 orang. Peserta terdiri dari kalangan pelajar dan guru sekoleh berkenaan. Peserta dilihat berminat dengan memperlihatkan kesungguhan semasa bengkel dijalankan.

 

 

 

Bagi hari pertama antara modul yang telah dipelajari adalah modul photoscape iaitu bagaimana mengubahsuai serta menambah kesan ke dalam gambar yang telah diketuai oleh Cik Siti Fatimah Ayob selaku Ketua Jurulatih. Seterusnya peserta diajar menggunakan audasity iaitu bagaimana membuat rakaman suara dan memasukkan audio. Slot ini telah diajar oleh En Shahiran Mohamad Ali, Penolong Pengurus PID Kupang. Bagi slot petang pula peserta telah dilatih menggunakan modul photostory iaitu teknik menghasilkan video dengan gabungan gambar dan audio.  Akhir sekali peserta diagihkan kepada kumpulan untuk menyediakan satu tugasan sebelum sesi hari pertama ditamatkan.


Hari Kedua
Tarikh : 18 Oktober 2010

Tempat : Makmal Komputer SMK Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang Kedah
Peserta : 41 orang dikalangan pelajar dan Guru

Hari kedua bersambung dengan bengkel membina blog yang disampaikan oleh Puan Rahimawati dari PID Simpang Empat. Selesai membina blog akhir sekali peserta diuji menerusi aktiviti berkumpulan iaitu pertandingan Iron ICT yang merangkumi 5K iaitu Kepintaran, Kerjasama, Kecekapan, Kreativiti, Kepantasan dan Kerjasama. Permainan ini bertujuan menguji pemahaman peserta sepanjang mengikuti bengkel. Ini kerana setiap soalan yang diberikan adalah berdasarkan apa yang telah dipelajari oleh mereka sepanjang bengkel.


 

 

0 comments:

 
 

Hubungi kami :

Sekretariat
Karnival Usahawan & ICT, PID Zon Utara
Pusat Internet Desa Yan
JKR 2221 Pos Malaysia Bhd Yan
Jalan Pegawai
06900 Yan, Kedah
Tel / Fax : 044659310
Emel : yan@pid.net.my
Website : http://pid.net.my