Pages

Thursday, November 11, 2010

Sasaran Pengunjung

Karnival Usahawan & ICT adalah anjuran Pusat Internet Desa Zon Utara. Pusat Internet Desa adalah entiti di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang telah beroperasi sejak tahun 2003 dengan 42 lokasi seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Karnival Usahawan & ICT adalah inisiatif MSC Malaysia dalam usaha merangsang minda komuniti ke arah pembangunan ekonomi dan sosial komuniti setempat selaras dalam usaha kerajaan meningkatkan ekonomi luar bandar. Ia mensasarkan pelbagai lapisan masyarakat dari semua peringkat umur dan pekerjaan dengan pelbagai program berkaitan ICT dan keusahawanan bagi mencambah minat masyarakat terhadap kepentingan ICT dan usahawan pada masa kini. Untuk itu program berbentuk bengkel dan karnival jualan akan diadakan dalam menjayakan program yang di aturkan sebagai menarik pengunjung mengunjungi karnival ini. Pelbagai acara akan diadakan seperti sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak, ceramah agama, persembahan pentas, dan paling menarik acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai barangan elektrik yang tidak harus dilepaskan oleh pengunjung. Untuk menyertai cabutan bertuah pengunjung hanya perlu mendaftar dan akan menerima satu kupon cabutan. Untuk peluang yang lebih pengunjung perlu membeli di gerai jualan yang mengambil bahagian dan setiap RM10.00 yang dibelanjakan akan menerima satu lagi kupon cabutan.

0 comments:

 
 

Hubungi kami :

Sekretariat
Karnival Usahawan & ICT, PID Zon Utara
Pusat Internet Desa Yan
JKR 2221 Pos Malaysia Bhd Yan
Jalan Pegawai
06900 Yan, Kedah
Tel / Fax : 044659310
Emel : yan@pid.net.my
Website : http://pid.net.my