Pages

Thursday, October 14, 2010

Bengkel Sesi 2

Hari Pertama 8 Oktober 2010
Dewan KEMAS Kg Lalang Baling Kedah.


Bengkel Multimedia Kreatif PID Zon Utara untuk hari pertama sesi kedua telah berjaya diadakan dengan penyertaan peserta yang amat menggalakkan dimana jumlah peserta yang hadir adalah seramai 36 orang. Rata-rata peserta terdiri daripada usahawan, guru, kakitangan KEMAS, pelajar dan belia. Peserta dilihat berminat dengan memperlihatkan kesungguhan semasa bengkel dijalankan.

 

 



Bagi hari pertama antara modul yang telah dipelajari adalah modul photoscape iaitu bagaimana mengubahsuai serta menambah kesan ke dalam gambar yang telah diketuai oleh Cik Siti Fatimah Ayob selaku Ketua Jurulatih. Seterusnya peserta diajar menggunakan audasity iaitu bagaimana membuat rakaman suara dan memasukkan audio. Slot ini telah diajar oleh En Shahiran Mohamad Ali, Penolong Pengurus PID Kupang. Bagi slot petang pula peserta telah dilatih menggunakan modul photostory iaitu teknik menghasilkan video dengan gabungan gambar dan audio. Sesi terakhir hari pertama diteruskan dengan sesi keusahawanan yang disampaian oleh Puan Siti Huraizah Abd Rahman, Pengurus PID Balik Pulau. Akhir sekali peserta diagihkan kepada kumpulan untuk menyediakan satu tugasan sebelum sesi hari pertama ditamatkan. Hasil perbincangan berkumpulan akan dipersembahkan pada perjumpaan hari kedua.

Hari Kedua 9 Oktober 2010

Dewan KEMAS Kg Lalang Baling Kedah.

 


Bengkel hari kedua sesi kedua bersambung dengan sesi pembentangan hasil kerja berkumpulan. Setiap kumpulan telah membentangkan hasil perbincangan masing-masing dengan persembahan yang menarik. Setiap aktiviti berkumpulan dinilai dan diberi markah bagi menentukan pemenang. Selesai sesi pembentangan sesi seterusnya adalah sesi membina DST. Bagi menjimatkan masa sesi DST telah dijalankan secara berkumpulan dimana setiap kumpulan menghasilkan sebuah DST hasil dari persmbahan awal tadi. Dalam sesi petang pula dimulakan dengan persembahan DST yang telah dihasilkan oleh peserta. Seterusnya sesi disambung dengan bengkel membina Blog yang telah diselia oleh Puan Siti Rahmah Samsuden, Penolong Pengurus PID Yan. Selesai membina blog akhir sekali peserta diuji menerusi aktiviti berkumpulan iaitu pertandingan e-explorace. Permainan ini bertujuan menguji pemahaman peserta sepanjang mengikuti bengkel. Ini kerana setiap soalan yang diberikan adalah berdasarkan apa yang telah dipelajari oleh mereka sepanjang bengkel.

0 comments:

 
 

Hubungi kami :

Sekretariat
Karnival Usahawan & ICT, PID Zon Utara
Pusat Internet Desa Yan
JKR 2221 Pos Malaysia Bhd Yan
Jalan Pegawai
06900 Yan, Kedah
Tel / Fax : 044659310
Emel : yan@pid.net.my
Website : http://pid.net.my