Pages

Saturday, August 7, 2010

Berkenaan Karnival

Karnival Usahawan & ICT adalah inisiatif MSC Malaysia dalam usaha merangsang minda komuniti ke arah pembangunan ekonomi dan sosial komuniti setempat selaras dalam usaha kerajaan meningkatkan ekonomi luar bandar. Ia mensasarkan pelbagai lapisan masyarakat dari semua peringkat umur dan pekerjaan dengan pelbagai program berkaitan ICT dan keusahawanan bagi mencambah minat masyarakat terhadap kepentingan ICT dan usahawan pada masa kini. 


Senarai telencenter yang terpilih untuk menganjurkan Karnival Usahawan & ICT 2010

1. Pusat Internet Desa ( Zon Utara )
2. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) Negeri Sembilan & Kelab Rakan Muda Kuala Pilah , Negeri Sembilan
3. Pusat Komuniti ICT Lembah Keriang , ITU-UUM Kg. Tradisi Lembah KEriang & PJK Kg. Bukit Tangga , Kedah
4. cITaKU Lab Selama , Perak
5. Gabungan Medan Info Desa , Terengganu
6. PJK Kg. Ubai , Kuantan , Pahang


Pusat Internet Desa


Program Internet Desa mula dilaksanakan dalam tahun 2000 dengan 14 lokasi perintis di seluruh negara. Objektif utama program adalah untuk merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar melalui penyediaan infrastruktur ICT termasuk peralatan komputer dan talian Internet, serta penyediaan latihan berterusan yang percuma kepada masyarakat luar bandar.  Sehingga tahun 2009, sejumlah 42 lokasi Pusat-Pusat Internet Desa (PID) telah dibina di pejabat-pejabat pos di semua negeri seluruh Negara.

Setiap PID diuruskan oleh seorang Pengurus dan Penolong Pengurus yang dilantik oleh Kementerian untuk menyenggara PID dan melatih pengguna. Setiap PID juga mempunyai Jawatankuasa PID yang mewakili setiap golongan masyarakat dan bertujuan untuk mempromosi PID. Jawatankuasa PID akan bekerjasama dengan Pengurus PID dalam menjalankan aktiviti berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk dimanfaatkan oleh komuniti setempat.

Kemudahan yang disediakan di setiap PID berupa 5-9 unit komputer, 2 unit pencetak, 1 unit pencetak warna, 1 unit pengimbas, 1 unit kamera digital dan talian Internet Jalur Lebar berserta wifi. Penggunaan dan latihan di setiap PID dibekalkan dengan percuma. Bagi pengguna baru, mereka akan diberikan latihan asas komputer dan asas Internet. Kementerian dari masa ke semasa akan mengadakan seminar dan bengkel kepada petugas dan Jawatankuasa PID bagi membolehkan mereka meningkatkan pengetahuan, kemahiran, berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Dari segi penggunaan, dianggarkan purata 60 – 70 orang menggunakan PID dalam seminggu.

Pada tahun 2008, PID telah dinaiktaraf dengan peranannya tidak lagi tertumpu kepada aspek latihan ICT semata-mata. Peranan PID juga ditambah dengan penumpuan kepada aspek keusahawanan dan sosial dimana disamping program berbentuk ICT, PID juga berperanan membimbing komuniti luar bandar mempelajari berkenaan keusahawanan. Bagi tujuan itu sebuah kelab telah diwujudkan disetiap PID iaitu Kelab Usahawan Sosial  bagi menggalakkan para usahawan menggunakan kemudahan ICT bagi tujuan mempromosi produk dan sebagainya. Disamping itu fungsi PID juga adalah sebagai one-stop-center bagi perkhidmatan seperti e-Perkhidmatan Kerajaan (eG), e-Pembelajaran, pusat komunikasi, pusat pembangunan aplikasi berasaskan perkongsian perisian, pusat peperiksaan dan persijilan dan sebagainya.


Senarai Pusat Internet Desa Zon Utara

  • PID Kuala Nerang, Kedah
  • PID Bukit Kayu Hitam, Kedah
  • PID Yan, Kedah
  • PID Kupang, Kedah
  • PID Tasik Gelugor, Penang
  • PID Balik Pulau, Penang
  • PID Simpang Empat, Perlis

0 comments:

 
 

Hubungi kami :

Sekretariat
Karnival Usahawan & ICT, PID Zon Utara
Pusat Internet Desa Yan
JKR 2221 Pos Malaysia Bhd Yan
Jalan Pegawai
06900 Yan, Kedah
Tel / Fax : 044659310
Emel : yan@pid.net.my
Website : http://pid.net.my