Pages

Monday, January 3, 2011

Ceramah Agama

Tarikh          : 30 Disember 2010
Masa           : 9.00 malam
Penceramah : Ustaz Dr. Jamnul Azhar Mulkan


Pada 30hb Disember 2010, satu program ceramah agama menyambut Maal Hijrah 1432 telah diadakan di Dewan Dato’ Madi Yan. Ceramah ini merupakan salah satu aktiviti pihak penganjur sempena Karnival Usahawan dan ICT yang berlangsung selama empat hari bermula 29 Disember 2010 sehingga 1 Januari 2011.

Program ceramah agama telah diadakan pada sebelah malam iaitu bermula selepas solat Isya’ kira-kira jam 9 malam. Penceramah, Ustaz Dr. Jamnul Azhar Mulkan telah dijemput untuk menyampaikan ceramah pada malam tersebut. Beliau merupakan penceramah yang tersohor di kawasan utara pada masa kini. Mendapat pendidikan awal di Maktab Mahmud Alor Setar dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke timur tengah dalam jurusan syariah. Seterusnya mendapat Ijazah Kedoktoran Perubatan di Universiti Kebangasaan Malaysia. Beliau pernah berkhidmat di Hospital Kangar Perlis dan kini telah membuka klinik beliau sendiri di Alor Setar Kedah.

Program ceramah agama telah dipengerusikan oleh Ustaz  Ahmad Fisal b Md Thahir. Hadirin yang hadir kebanyakannya merupakan komuniti di sekitar pekan Yan termasuklah kumpulan Rukun Tetangga Pekan Yan Besar. Sambutan yang menggalakkan daripada komuniti dalam menjayakan majlis ilmu seperti ceramah agama ini telah berjaya memenuhi ruang kosong di dalam Dewan Dato’ Madi Yan. Kira-kira 300 orang lebih menjadi tetamu pada majlis ceramah Maal Hijrah tersebut.

Tajuk ceramah beliau pada malam itu sempena Maal Hijrah 1432, mengaitkan hijrah Rasullah dari Mekah ke Madinah dengan transformasi yang perlu dibuat oleh masyarakat sekarang dari tidak tahu menggunakan kemudahan ICT kepada mahir menggunakan ICT. Ini bersempena dengan Karnival ICT yang diadakan di dewan tersebut. Kupasan yang dibawa oleh Ustaz Dr Jamnul Azhar yang menceritakan betapa susahnya Rasullah untuk berdakwah dengan tentangan serta ancaman yang diterima semasa hijrah baginda boleh dijadikan teladan kepada masyarakat untuk melakukan perubahan (hijrah) dari tidak berpengetahuan tentang ICT kepada yang berpengetahuan kepada ilmu ICT dari tidak tahu berniaga sehingga boleh menjana pendapatan sendiri melalui perniagaan seperti karnival usahawan yang sedang berlangsung  di Yan. Sepanjang program ceramah diadakan tetamu tidak sedikitpun terlena daripada usikan atau sindiran nakal Ustaz Dr Jamnor Azhar yang pandai menghiburkan tetamu dalam sesi ceramah beliau. Ceramah ini berakhir jam 11.00 malam

Sekitar Malam Ceramah Agama

















Iklan Berkenaan Majlis

0 comments:

 
 

Hubungi kami :

Sekretariat
Karnival Usahawan & ICT, PID Zon Utara
Pusat Internet Desa Yan
JKR 2221 Pos Malaysia Bhd Yan
Jalan Pegawai
06900 Yan, Kedah
Tel / Fax : 044659310
Emel : yan@pid.net.my
Website : http://pid.net.my