Pages

Sunday, August 29, 2010

Bengkel ICT Sesi Pertama












Mesyuarat Bengkel ICT
26 Ogos 2010
Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Langkasuka, Yan

Satu mesyuarat bagi membincangkan perlaksanaan Bengkel ICT telah dijalankan pada 26 Ogos 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Langkasuka, Yan Kedah yang akan menjadi lokasi pertama Bengkel ICT. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Hamizam bin Sahimi selaku Pengurus PID Yan. Turut hadir adalah En. Muhamad Razi Bakar, Pengurus PID Bukit Kayu Hitam, Cik Siti Fatimah bt Ayob, Pengurus PID Kuala Nerang, En. Shahiran b Mohamad Ali, Penolong Pengurus PID Kupang, Rozita bt Othman, Pengurus PID Tasik Gelugor, Hani Najwa bt Halim, Penolong Pengurus PID Tasik Gelugor dan Siti Rahmah bt   Samduden, Penolong Pengurus PID Yan.

Turut serta adalah wakil dari pihak sekolah yang diwakili oleh Guru Besar, Tn. Hj. Pamim bin Hj. Paieman, JTPKG, En Mohd Nor Hafifi bin Anuar serta JTICT En. Muaz bin Romli. Selesai mesyuarat yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tgh, Pihak Sekolah yang diwakili Guru Besar sendiri telah membawa melawat Makmal Komputer Sekolah yang akan diadakan Bengkel. Kemudahan yang disediakan adalah 20 unit komputer dengan bilik berhawa dingin serta kemudahan internet. Dengan ruang bilik yang agak luas, kapasiti peserta dianggarkan boleh memuatkan sehingga 40 orang peserta dalam satu masa.


Mesyuarat Sedang berlangsung
Bincang berkenaan bengkel
Lawatan ke Makmal Komputer
Lawatan Ke Makmal Komputer
Makmal Komputer
Bergambar bersama Guru Besar

















0 comments:

 
 

Hubungi kami :

Sekretariat
Karnival Usahawan & ICT, PID Zon Utara
Pusat Internet Desa Yan
JKR 2221 Pos Malaysia Bhd Yan
Jalan Pegawai
06900 Yan, Kedah
Tel / Fax : 044659310
Emel : yan@pid.net.my
Website : http://pid.net.my