Pages

Thursday, September 2, 2010

Liputan Media

Liputan Media Berkaitan Karnival Usahawan & ICT bertarikh 3 Januari 2011 oleh Sinar Harian.













Petikan penuh dari Sinar Harian Online klik di http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story8578832.asp

Latih usahawan celik ICT

YAN - Karnival Usahawan dan ICT anjuran Pusat Internet Desa (PID) Zon Utara dengan kerjasama Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia adalah bertujuan melahirkan usahawan yang tahu mengaplikasikan perniagaan mereka secara dalam talian.

Karnival yang bertempat di Dewan Dato Madi itu berlangsung selama empat hari selain dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada keusahawanan.

Koordinator program, Mohd Razi Bakar berkata, PID adalah entiti bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

“Karnival Usahawan dan ICT ini adalah inisiatif MSC dalam usaha merangsang minda komuniti ke arah pembangunan ekonomi serta sosial komuniti setempat,” katanya.

Menurutnya, pelaksanaan karnival ini melibatkan dua fasa iaitu Fasa Bengkel ICT dan Fasa Karnival.

“Sebanyak tiga sesi bengkel telah dijalankan iaitu sesi pertama diadakan di Makmal Sekolah Kebangsaan Langkasuka melibatkan 49 peserta. Bengkel kedua diadakan di Dewan Kemas, Kampung Lalang, Baling melibatkan 36 peserta.

“Terakhir bertempat di Makmal Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad, Kuala Nerang. Antara pengisian bengkel ini adalah menyunting gambar, merekodkan audio, mereka cipta penceritaan digital dan membuat blog,” katanya.

Menurutnya, Fasa Karnival pula memberi peluang kepada usahawan untuk memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat setempat.

“Usahawan menerima faedah dari segi pengetahuan menggunakan kemudahan ICT dalam mempromosikan produk keluaran mereka.

“Dengan ini, pasaran produk akan lebih meluas selain dapat bertukar pengalaman dan idea mengenai perniagaan yang dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail berharap program ini dapat membantu usahawan dalam mengembangkan lagi bidang perniagaan mereka yang berasaskan ICT.

“Pengunjung juga akan dapat maklumat yang berguna dari pameran yang diadakan. Selain itu, program ini turut membantu usahawan untuk lebih mendalami ilmu ICT untuk perniagaan mereka.

“Semoga program ini dapat menjayakan agenda kerajaan selaras dengan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan,” katanya 
Liputan Media oleh Berita Harian berkaitan Karnival Usahawan & ICT pada 30 Disember 2010

Keratan Dari Harian Metro Online pada 29 Disember 2010
 Harian Metro Online

Artikel penuh klik disini

Keratan Akbar dari Berita Harian 2/9/2010 ruangan Pendidikan








Petikan dari Berita Harian 2/9/2010 Ruangan Pendidikan (Online)

Pusat Internet Desa Zon Utara anjur bengkel multimedia


2010/09/02

PUSAT Internet Desa Zon Utara Kementerian Penerangan Komunikasi dan & Kebudayaan menganjurkan bengkel multimedia kreatif selama dua hari bermula 3 September ini, di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Langkasuka, Yan, Kedah. 

Bengkel percuma itu terbuka kepada orang ramai terutamanya pelajar, mahasiswa institusi pengajian tinggi dan remaja serta belia setempat.
Unit Media dan Promosi pusat berkenaan dalam kenyataannya, berkata program itu adalah inisiatif kebangsaan Multimedia Super Coridor (MSC) Malaysia ke arah merangsang minda komuniti dalam melahirkan masyarakat celik maklumat dan komunikasi (ICT).

Katanya, usahawan, warga emas dan wanita juga digalak mengikuti program berkenaan. Peluang ini digunakan untuk peserta membina blog, menyunting gambar dan menghasilkan cerita secara digital (DST). 

“Peserta menggunakan perisian sumber terbuka. Setiap mereka diberi latihan intensif selain latihan praktikal. Mereka akan belajar menggunakan kemudahan teknologi ICT dalam bengkel berkenaan,” katanya. 

Program bertujuan meningkatkan penggunaan aplikasi ICT dalam aktiviti harian komuniti luar bandar. Disamping itu ia juga menggalakkan penggunaan perkhidmatan berasaskan teknologi. 

“Aplikasi sedemikian dapat meningkatkan kandungan tempatan dalam usaha melahirkan lebih ramai komuniti berpengetahuan ICT di kalangan masyarakat luar bandar. 
“Usaha ini selaras matlamat kerajaan menjelang tahun 2020 iaitu melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan minda kelas pertama,” katanya.


Artikel dipetik dari 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PusatInternetDesaZonUtaraanjurbengkelmultimedia/Article/

0 comments:

 
 

Hubungi kami :

Sekretariat
Karnival Usahawan & ICT, PID Zon Utara
Pusat Internet Desa Yan
JKR 2221 Pos Malaysia Bhd Yan
Jalan Pegawai
06900 Yan, Kedah
Tel / Fax : 044659310
Emel : yan@pid.net.my
Website : http://pid.net.my