Pages

Sunday, September 5, 2010

Bengkel Multimedia

Perjalanan Bengkel

Hari Pertama 
3 September 2010
Makmal Sekolah Kebangsaan Langkasuka, Yan Kedah.

Bengkel Multimedia Kreatif PID Zon Utara untuk hari pertama sesi pertama telah berjaya diadakan dengan penyertaan peserta yang amat menggalakkan dimana jumlah peserta yang hadir adalah seramai 39 orang daripada 44 orang yang mendaftar awal. Pun begitu hakikat sebenar peserta yang ingin mengikuti bengkel ini jauh laebih ramai dimana seramai lebih 30 orang peserta lagi terpaksa ditolak bagi mengikuti bengkel pertama ini kerana telah melebihi kapasiti yang disediakan iaitu untuk 40 orang peserta sahaja. Memandangkan adanya permintaan untuk mereka yang tidak dapat hadir untuk sesi ini, pihak penganjur akan sekali lagi mengadakan bengkel ini untuk sesi yang kedua kelak.
Sesi Pendaftaran
Barisan Fasilitator
Kesibukan persiapan menyambut hari raya Aidilfitri tidak sedikit pun mengganggu perjalanan bengkel ini kerana peserta yang hadir memperlihatkan minat dan kesungguhan yang tinggi untuk mendalami ilmu yang diajarkan apatah lagi peluang yang diberikan ini adalah percuma dan sukar diperolehi pada masa lain. Kebanyakan peserta yang hadir adalah terdiri dari kalangan pelajar, guru, lepasan sekolah, belia, wanita, usahawan dan petani. Kepelbagaian peserta ini telah memberi satu semangat kepada jurulatih serta fasilitator yang terdiri dari Pengurus dan Penolong Pengurus PID Zon Utara untuk memberi tunjuk ajar yang terbaik kepada peserta. Ia diketuai oleh Cik Siti Fatimah binti Ayob, Pengurus PID Kuala Nerang dengan dibantu Encik Shahiran bin Mohamad Ali, Penolong Pengurus PID Kupang serta beberapa fasilitator terdiri dari En. Muhamad Razi bin Bakar, Pengurus PID Bukit Kayu Hitam, En. Hamizam bin Sahimi, Pengurus PID Yan, En. Mohd Faizan bin Mahmood, Pengurus PID Kupang, Puan Siti Huraizah binti Abdul Rahman, Pengurus PID Balik Pulau, Rozita binti Othman, Pengurus PID Tasik Gelugor, Puan Siti Rahmah binti Samsuden, Penolong Pengurus PID Yan, Puan Hanni Najwa binti Halim, Penolong Pengurus PID Tasik Gelugor dan Sarina binti Ishak, Penolong Pengurus PID Balik Pulau.
VIP yang Had
Ucapan Aluan Guru Besar
Ucapan Perasmian oleh DO
Penyampaian Cenderahati
Bengkel Multimedia Kreatif ini telah dirasmikan oleh Encik A. Rahman Zainol, Pegawai Daerah Yan. Turut hadir adalah Tuan Haji Pamim bin Paieman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkasuka, En Mohd Shukri, Penghulu Mukim Yan Merangkap Pengerusi PID Yan dan En Faidhan wakil dari MSC Malaysia. Turut hadir adalah En Andi Suswandi dari MSC Malaysia yang hadir membuat pemantauan semasa bengkel berlangsung.
Sesi Latihan
Nyanyian Negaraku
Taklimat Bengkel
Bagi hari pertama antara modul yang telah dipelajari adalah membina blog dimana setiap peserta diberi tunjuk ajar untuk membina blog masing-masing. Selesai modul blog mereka diajar pula modul audacity iaitu latihan bagi membuat rekod audio dan muzik. Seterusnya peserta mengikuti pula modul photoscape iaitu latihan mengubahsuai gambar. Bengkel hari pertama telah berjaya diselesaikan pada jam 5.00 petang yang bermula dari jam 9.00 pagi lagi.

Peserta Bengkel
Paan turut membantu
Rakaman Suara
Membantu Peserta
Penerangan Fasi
Bersama En Andi dari MSC

Hari Kedua 
4 September 2010
Makmal Sekolah Kebangsaan Langkasuka, Yan Kedah.

Bagi hari kedua pula sesi bengkel diteruskan dengan modul membina DST. Para peserta dipecahkan kepada 5 kumpulan kecil dan diminta menghasilkan sebuah jalan cerita didalam kertas dan seterusnya membentangkan hasil kerja mereka. Para peserta memperlihatkan kesungguhan dengan memberikan kerjasama yang baik dalam kumpulan masing-masing dalam menghasilkan tugasan yang diberikan.

    
Aktiviti Berkumpulan
Menyediakan tugasan
Menghasilkan jalan Cerita

Perbincangan
Menyediakan tugasan
Penerangan tugasan
Hasil tugasan
   
Kehadiran peserta pada hari kedua juga amat menggalakkan dimana hanya seorang sahaja peserta yang tidak dapat hadir kerana terpaksa menguruskan perniagaannya memandangkan hari raya hampir tiba. Jumlah peserta yang hadir adalah seramai 38 orang.

Setelah selesai membentangkan hasil kerja kumpulan mengenai DST, para peserta diajar pulang menggunakan photostory iaitu bagaimana menghasilkan persembahan digital dengan menggabungkan gambar yang telah disunting menerusi modul sebelum ini dan memasukkan muzik latar. Setiap peserta dilihat dapat menghasilkan persembahan masing-masing dan beberapa peserta telah mempersembahkan hasil kerja masing-masing.

Sesi hari kedua turut dihadiri oleh En. Khairilbasyar bin Roslan, wakil dari Kementerian, Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan bagi melihat sendiri perjalanan program. 

Sesi petang pula diteruskan dengan aktiviti berkumpulan iaitu pertandingan explorace. Permainan ini bertujuan menguji pemahaman peserta sepanjang mengikuti bengkel. Ini kerana setiap soalan yang diberikan adalah berdasarkan apa yang telah dipelajari oleh mereka sepanjang bengkel. 

0 comments:

 
 

Hubungi kami :

Sekretariat
Karnival Usahawan & ICT, PID Zon Utara
Pusat Internet Desa Yan
JKR 2221 Pos Malaysia Bhd Yan
Jalan Pegawai
06900 Yan, Kedah
Tel / Fax : 044659310
Emel : yan@pid.net.my
Website : http://pid.net.my