Pages

Tuesday, November 16, 2010

Keseluruhan Bengkel

Sebanyak tiga sesi Bengkel Multimedia Kreatif sempena Karnival Usahawan & ICT PID Zon Utara telah berjaya dilaksanakan. Bengkel Sesi Pertama telah diadakan di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan  Langkasuka, Yan Kedah. Seramai 39 orang peserta telah mengikuti bengkel ini yang telah diadakan dari 3-4 September 2010. Para peserta rata-rata terdiri daripada kalangan usahawan, pelajar, belia dan guru.

Bagi sesi kedua pula telah diadakan di Dewan KEMAS Kampung Lalang Baling Kedah. Bengkel ini telah diadakan pada 8-9 Oktober 2010. Jumlah peserta yang hadir adalah seramai 36 orang. Rata-rata peserta terdiri daripada usahawan, guru, kakitangan KEMAS, pelajar dan belia. Peserta dilihat berminat dengan memperlihatkan kesungguhan semasa bengkel dijalankan.

Seterusnya Bengkel Sesi ketiga pula telah diadakan di Makmal Komputer, SMK Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang Kedah. Jumlah peserta adalah seramai 41 orang yang terdiri dikalangan guru dan pelajar sekolah berkenaan. Bengkel ini telah diadakan pada 18-19 Oktober 2010.

Secara kesimpulannya  jumlah peserta yang telah dilatih sepanjang tiga sesi bengkel adalah seramai 116 orang. Antara modul yang telah dipelajari adalah membina blog, audacity, photoscape, DST, photostory dan aktiviti berkumpulan.

Walaupun sesi bengkel telah selesai dilaksanakan, masih ada lagi permintaan daripada komuniti terutamanya mereka yang tidak berkesempatan mengikutinya sebelum ini. Untuk itu satu lagi sesi khas bengkel akan diadakan pada 30 November 2010 bertempat di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Langkasuka Yan Kedah yang akan melibatkan penyertaan seramai 40 orang peserta.

0 comments:

 
 

Hubungi kami :

Sekretariat
Karnival Usahawan & ICT, PID Zon Utara
Pusat Internet Desa Yan
JKR 2221 Pos Malaysia Bhd Yan
Jalan Pegawai
06900 Yan, Kedah
Tel / Fax : 044659310
Emel : yan@pid.net.my
Website : http://pid.net.my