Pages

Tuesday, January 4, 2011

Majlis Perasmian

Tarikh   : 30 Disember 2010
Masa    : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Dato Madi Yan
Perasmi : YB Dato' Dr Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, ADUN Guar Chempedak

Majlis Perasmian Karnival telah diadakan pada Khamis 30 Disember 2010, pada jam 11.00 pagi. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, ADUN Guar Chempedak. Antara tetamu yang hadir adalah Puan Faudziah binti Mohd Amin, Ketua Penolong Setiausahasa Jurang Digital Sektor Komunikasi, Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan, Yang berbahagia Encik Faisal Rizal Bin Mohammad, Penolong Pegawai Daerah Yan, Yang berbahagia Tuan Pegawai Penerangan Daerah Yan, Yang Mulia  Tunku Azela Tunku Aziz, Pengurus , Bumi ICT Enterepreneur , TED, MSC Malaysia, Yang berusaha, Timbalan Pengarah Wilayah Utara Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia,  Yang berusaha Tuan Haji Ahmad bin Rukunudin, Pegawai Jabatan Perpaduan, Yang berusaha En. Mohamad Shokri, Penghulu merangkap Pengerusi PID Yan, Yang berusaha En Hamizam bin Sahimi, Ketua Zon PID Utara,  Ketua-ketua jabatan dan agensi serta Pengurus dan Penolong Pengurus PID Zon Utara. Selesai ucapan perasmian YB ADUN telah memotong riben belon sebagai gimik pelancaran bagi menaikkan baner karnival. Setelah itu diadakan acara penyampaian Anugerah Blog Kreatif, Anugerah Karnival PID Dinamik, Anugerah Usahawan Tekno dan Anugerah eKedai Kreatif.
Wajah-wajah majlis perasmian.











0 comments:

 
 

Hubungi kami :

Sekretariat
Karnival Usahawan & ICT, PID Zon Utara
Pusat Internet Desa Yan
JKR 2221 Pos Malaysia Bhd Yan
Jalan Pegawai
06900 Yan, Kedah
Tel / Fax : 044659310
Emel : yan@pid.net.my
Website : http://pid.net.my